gua malu sebenarnya nak post ni . hihi .
post ni tuju buat si cantik aqilah ashari .
beliau sahabat till jannah gua . gua ketawa dengan beliau , gua menangis pun dengan beliau . gua kenal beliau ni masa zaman foundation law gua di uitm kuantan . semester satu gua tak rapat lagi dengan beliau , sebab gua rasa beliau ni very the hot sentap gituuu . gua segan laa nak kawan dengan hot . hihi .
tapi , entah macam mana , masuk semester gua jadi rapat dengan beliau . melepak dengan beliau . pergi kelas dengan beliau . bercerita hebat pun dengan beliau . gua rasa rapat . gua rasa selesa untuk buat kawan . beliau banyak bantu gua bilamana gua susah . beliau banyak nasihat gua bilamana gua down . seriously , beliau hebat di mata gua .
first time gua rasa beliau sahabat hebat gua bilamana beliau bantu gua bangun bilamana gua jatuh satu masa dulu . beliau banyak nasihat gua , bagi kata kata semangat dekat gua . masa tu gua nangis teruk , beliau turut sama nangis . hebat kan beliau ? sebab tu gua cakap dia sahabat susah senang gua . ketawa sama , menangis sama . sebab nasihat mak gua , ‘cari kawan biar yang senang sekali , susah sekali’.
gua ingat dulu , masa zaman semester dua , aktiviti kami selalu karok , evendo habis kelas , gap sekejap je , kami sanggup menapak pergi megamall semata nak karok . karok pulak lagu lady gaga – bad romance . hamik kaaaauu . haha . terbaik laa sahabat gua ni :p
dan sekarang , walaupun gua jauh dari beliau , sorang di timur , sorang di selatan . tapi , gua tak pernah lupa beliau .
gua tak akan lupa fevret meals kitaorang , lunch nasi putih lauk ayam dengan kuah kari dan tak lupa sambal belacan ! dinner kitaorg sup daging gerai abang handsome sekilau :p
aku rindu moment tu .
memori semester tiga gua ingat lagi beliau and the gang buat prank dekat gua masa birthday gua . terbaik laa . and beliau hadiahkan gua perfume . terima kasih sahabat , sampai sekarang gua still gunaaa . sayang kan gua dekat beliau :p
and untuk birthday beliau , gua mintak maaf , gua jauh . tak dapat nak buat prank untuk beliau . tak dapat nak sampai kan hadiah untuk beliau . cuma di penulisan gua je gua boleh lahirkan rasa bersyukur gua dapat sahabat seperti beliau . dan gua bersyukur jugak tuhan bagi gua peluang untuk kenal gadis hebat seperti beliau .
akhir , SELAMAT HARI LAHIR YANG KE SEMBILAN BELAS AQILAH ASHARI . AKU TUMPANG BAHAGIA BILAMANA KAU BAHAGIA . DAN ALL THE BEST IN LIFE AFTERWARDS . BE A GOOD LAWYER INSYAALLAH . JANGAN SESEKALI BERANI CUBA CUBA UNTUK LUPAKAN AKU . DAN , HANYA AKU TAHU BANYAK MANA AKU SAYANG KAU BABE . I LOVE YOU AQILAH ASHARI . SAHABAT TILL JANNAH :')
kalau gua rindu , bermaksud gua betul betul . rindu tu tak pernah berhenti bertumbuh .
done ! kan gua dah cakap , bilamana gua nak menyampaikan rindu pada sahabat gua jadi kaku . gua malu -.-'

terbaik , make me cry too :')
ReplyDeletesya pon terharu!
ReplyDelete:') thanks read guys .
ReplyDelete